Total Pageviews

Tuesday, August 9, 2011

Hadiah Ramadhan (bahagian 2)

Berulang-kali Syafikah cuba menelefon semula, namun gagal. Hati Syafikah bagai kaca yang dihempas ke batu, beliau tidak segagah dahulu. Syafikah cuba menjelaskan kepada Shamsul bahawa bonda telah…..  ( terdahulu di bahagian 1)
 
 masuk ke hospital dan syafikah tidak sempat untuk menelefon atau membalas sms nya.


Shamsul adalah tempat untuk Syafikah menceritakan hal segalanya, tempat untuk mengadu nasib setelah ayahnya telah pergi menyahut seruan Illahi Januari 3tahun lepas.  Kepergian ayah memang amat dirasai syafikah, ayahnya seorang yang penyayang dan bertanggungjawab terhadap keluarga.  Shamsul yang masih marah dengan Syafikah tidak mengendahkan Syafikah lagi, dia hanya membiarkan perkara itu.  Tiada sedikit rasa hatinya ingin mendengar penjelasan Syafikah.

Tak lama lagi, datangnya bulan Ramadhan. Hati Syafikah menjadi semakin sayu. Kerana beliau akan bernikah dengan Shamsul pada awal bulan Syawal. Beliau tak dapat memikirkan bagaimana kehidupan bondanya setelah dia menikah nanti.  “Siapa akan menjaga ibu nanti?” bisik hati kecil Syafikah. “Ya ALLAH, aku berdoa kepada Mu agar anugerahkan aku suami yang soleh dan taat pada perintahMU” doa itu dipanjatkan untuk meredakan hatinya yang gundah. 

Syafikah memandu pulang ke rumah, dia ingin bersiap-siap barang keperluan untuk menjaga ibunya di wad. Dalam kesempatan itu juga, dia menghantar SMS kepada Shamsul “kalau dah abis marah dengan saya, awak call saya balik ya. Ada benda saya nak bagitahu awak ni”.  Namun, sms itu tidak diendahkan dek Shamsul, kerana egonya terlalu kuat.  Shamsul sukar untuk diramal, adakala dia akan menjadi seorang yang sangat penyayang, adakalanya dia akan berubah menjadi dingin dalam perhubungan.  Apa yang dilakukan oleh Syafikah tidak pernah senang dimatanya.  Setelah siap semua perkakas yang diperlukan Syafikah terus ke hospital untuk menjaga ibunya. 

Setelah berhari-hari Syafikah setianya menunggu ibunya di wad, namun tiada jua sms balas yang diterima dari Shamsul.  Syafikah cuba menghubungi namun tidak juga diangkat panggilan Syafikah.  Esok dah nak berpuasa, mak masih di wad.  Syafikah berfikir, ini adalah dugaan ALLAH kepadanya untuk menghadapi Ramadhan. Syafikah juga telah berniat dibulan Ramadhan ini dia akan beribadat sebanyak mungkin dan berdoa kesejahteraan bonda tercinta.

Setelah mendengar pengumuman bahawa rakyat Malaysia akan berpuasa esok hari, hati Syafikah gembira yang teramat kerana ALLAH telah mengurniakan kesempatan keatas dirinya untuk bertemu dengan bulan Ramadhan sekali lagi. Namun, terpalit jua sedekit rasa sedih, kerana bonda tercinta terlantar dihospital tidak sedarkan diri. Tiba-tiba telefon bimbit Syafikah berdering…(bersambung) 



8 comments:

  1. Dah macam drama kt TV lak aku rse...hahaha..nice try ;)

    ReplyDelete
  2. unsur saspen. okay...waiting for part 3 =)

    ReplyDelete
  3. ok. cepat buat part 3. addicted!

    ReplyDelete
  4. Aqilah - baik2.. tungu ye. thanks sudi membaca.

    ReplyDelete
  5. Em , shamsul yang call tapi masih marahkan syafikah :) Betul cakap aqilah , addicted :)

    ReplyDelete
  6. Afiqah - Teruskan meneka, abang tak boleh bg jawapan. nnt jadi macam GA pulak.. hehehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...