Total Pageviews

Tuesday, October 12, 2010

Kenduri.

Biasanya kita tahu apabila sebut perkataan kenduri, mestilah untuk orang kahwin. Tidak lupa juga ada kenduri tahlil, kenduri arwah, kenduri doa kesyukuran dan macam-macam lagi. Kalau sebut kenduri mesti ada makan-makan kan? Hehehe, itu yang menariknya kerana pada musim cuti sekolah pasti akan dapat banyak jemputan untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara, jiran tetangga, sahabat handai dan rakan sekerja.

Pada tinta kali ini,ingin ku berkongsi kesempatan aku bersama rakan yang lain berkunjung ke walimatulurus anakanda, Prof. Dr. Azni Zain Ahmed, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UiTM.

Pada mulanya aku berat hati untuk pergi kesana, tetapi memikirkan hubungan baik dengan bonda Azni aku mengagahkan diri bersama teman yang lain untuk kesana. Ha! lupa nk beritahu, tarikh perkahwinan anakanda beliau adalah 10.10.2010. Satu tarikh yang amat menarik bukan?

Berbalik kepada isu asal, kami pun pergi ke kedai terdekat untuk membeli cerderahati, yela nak berkunjung ke rumah orang kahwin ni mestilah bawacenderahati kerana itu sudah menjadi budaya kita masyarakat timur. Kalau bercerita tentang pemilihan hadiah ni pun satu hal juga la, aku jenis tak kisah sangat janji ada. Tapi kalau dengan budak perempuan, aduy! Cerewet sangat.. hehehe.. nak tanak kami pun memilih la hadiah yang nak dibeli. Kami semua bersutuju untuk membeli set minuman, lepas dah beli hadiah

mesti nak balutkan? Isu pembalut pun satu hal juga, hehehe.. tapi memang best la, masing-masing punya pandangan sendiri.




Sempat juga kami bergambar sementara menunggu pekerjanya membalut hadiah yang kami beli tadi. Alamak! Maaflah gambar hadiah tak ambil, makanya tak dapat lah nak dikongsikan bersama. Kami pun menuju ke destinasi asal iaitu teratak bonda Azni.


Wah! Memang meriah ramai juga orang yang berkunjung ke rumah bonda, biasalah bonda orangnya peramah dan tidak pernah lokek memberi nasihat. Jawatan yang disandang bukanlah satu penghalang untuk bonda mempunyai ramai kenalan.

Kami disambut dengan mesra, sempat juga kami bergambar dengan bonda dan anakandanya,

Dari kiri: Arziah, Najat, Bonda Azni, tengah2 tu pengantin la, suami bonda, aku & farizi.


Sesudah bergambar, tiba masa untuk kami menjamu selera. Pelbagai juadah dihidang dalam kesempatan itu kami juga sempat bertemu dengan beberapa kakitangan UiTM. Sempat jua kami beramah mesra. Dalam pada itu, kami juga sempat bergambar dengan VC kami.


aku takde? Yela dah aku yang jadi jurugambar.

Sunday, October 10, 2010

Mc'D D' Puncak.

Pembukaan kegiatan ekonomi iaitu kedai menjual makanan segera (Fast Food).. hehehe.
Setelah setahun setengah penubuhan UiTM Puncak Alam, baru ada pelabur yang berani membuka premis berunsurkan francise ini di Puncak Alam.

Mc'Donalds atau kata nama singkatnya adalah Mc'D kini bermula beroperasi di Puncak Alam, bersebelahan dengan Petronas. Bermulanya restoran makanan segera 24jam ini pasti membuat para pelajar gembira dan mudah dalam urusan menyiapkan tugasan. Yela, dengan kemudahan wifi dan tidak akan menjadi buah mulut orang apabila lelaki dan perempuan berada di tempat ramai orang lalu lalang.




boleh tahan juga ramai pelanggan pada hari ni. Walaupun breakfast tapi amat memberangsangkan sambutan dari penduduk setempat.


10.10.2010 | 10. Oktober 2010.

Ini adalah tarikh keramat bagi tahun ini. Datuk Sheik Muzaffar berkahwin pada tarikh ini dan tidak lupa juga ramai lagi rakan-rakan, saudara dan juga artis yang melangsungkan perkahwinan mereka pada tanggal 10.10.10.

Apa yang ingin ku coretkan pada tinta blog ini adalah berkenaan dengan petikan dari Facebook Dato' Sahol Hamid, Naib Canselor UiTM.
Kebajikan pelajar UiTM termasuk pelajar NR amat saya titiberatkan.Mulai Ahad ini (10/10/10),UiTM menyewa 3 court badminton dan 1 court futsal buat pelajar NR di pasaraya Bintang,Sek 7,S.Alam.Waktu kegunaan: 2ptg-6ptg (Ahad), 5ptg-11mlm (Isnin dan Rabu).Sila bawa kad pelajar semasa membuat tempahan.Saya harap pelajar NR menggunakan kemudahan ini sepenuhnya.


Ini membuktikan bahawa Y. Berbahagia Dato' amat menitikberatkan kebajikan para pelajar UiTM. Mungkin ini adalah salah satu platform yang cuba dilakukan oleh Y. Berbahagia Dato' dan pelbagai rancangan lain akan menyusur kemudian.

Aku berharap sangat, pelajar UiTM dapat memanfaatkan apa yang telah diusahakan oleh Y. Berbahagia Dato' untuk kita. Menjadi masyarakat yang berterima kasih tidak merugikan sesiapa. Wallahuallam...~

Saturday, October 9, 2010

Semester 5 Diploma.


Kenangan yang aku tak dapat lupakan. Aku pun tak paham kenapa aku boleh join benda-benda ni, tapi bila dah join rasa macam seronok pula. Ini adalah program anjuran Rakan Muda UiTM Perak.
Program Wawasan Desa ini telah berlangsung di Kg. Tanjung Rambai, Grik Perak. Sesampai di sana kami disambut dengan paluan kompang dan persembahan seni silat.


video

Menarik sungguh persembahan tersebut. Rakan-rakanku semuanya dari silat olahraga, maka ia amat berbeza dengan seni silat. Selama 5 hari kampung ini membuatkan aku rasa amat teruja dengan sikap layanan mesra dari setiap keluarga yang mengambil pelajar-pelajar UiTM sebagai anak angkat mereka. Disamping itu, hubungan antara jiran tetangga amatlah erat seperti aur dengan tebing. Seumpama mereka adalah satu keluarga yang besar.

Jejaka OCB55B


Ini adalah jejaka yang berada di dalam kelas OCB55B.
sangat kecoh dan pelbagai emosi dalam kelas ni. Tapi dalam gambar ni kurang seorang lagi teman kami, kesian dia demam panas sebab terlalu berkerja kuat dalam " I Love OM".

Wanita yang duduk di tengah-tengah itu adalah Puan Ayu. Dia adalah pensyarah kami dalam subjek "Current Issues in Customer Service". Sungguh berpengetahuan dan bijak dalam mengawal kelas kami yang ala-ala kelas 2 Matahari. hehehe..



Ha jangan terkejut pulak, yela tajuk besar kat atas "Jejaka OCB55B" tiba- tiba gambar 3 orang perempuan pun ada dalam ni. Apa yang menarik untuk dikongsi bersama tentang 3 orang wanita ini adalah, mereka ni ibarat penyeri la jugak dalam kelas kami ni. Kalau seorang tak datang macam tak lengkap ahli kumpulan "Pasher", tapi silap-silap kalau seorang tak datang, semua tak datang terus. hehehe.. selain itu, 3 orang ni memang boleh dibawa bincang, seronok berbual dan mengusik diorang. Didi, Ateyn & Meen korang memang terbaik.

Alamak! kenapa wayang ni..

Inilah tempat semalam aku bersama teman serumah aku pergi. Tak tahu kenapa tiba-tiba saja mereka terdetik hati untuk berkunjung kesini dan pada ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 10:30 p.m. Tujuan kami kesini adalah untuk menonton wayang.. ha??? tengok wayang.. hahaha.. seperti biasa ia tanpa dirancang dan kami terus ke sini.

Thursday, October 7, 2010

Sabah Negeri Bawah Bayu



Menuju Destini Anak Bangsa itulah misi utama dalam menjejaki kaki ke negeri bawah bayu.
bermacam aku belajar disana, budaya dan juga pertuturan yang berbeza, namun ia bukanlah satu titik penghalang untuk mengeratkan ukhwah kami.

Wednesday, October 6, 2010

Pertelingkahan.

Hahaha.. ketawa besar aku dibuatnya.
yela gaduh dengan orang yang tak matang.
walaupun usianya lagi tua dari aku.

aku tak kisah orang nak kutuk aku,
tapi aku pantang orang kutuk tempat aku menuntut ilmu, mak bapak aku & agama aku.
dia ingat aku takut? hahaha, salah orang la dia tu.
aku baru print screen ape yang dia kutuk tu,
bersepah budak2 UiTM nk kutip dia.
so, pasni tolong jangan nk kutuk tempat aku menuntut ilmu.

aku malas nk upload muka ko yang cam hampeh tu.
tp ak takkan teragak-agak nk buat camtu k.

Monday, October 4, 2010

I Love OM.

Satu event yang sangat menarik.
ia melibatkan semua pelajar dari Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat.
pelbagai persiapan telah dilakukan sebelum event ini berlangsung bagi memastikan kelancaran majlis tersebut.

Namun, kita merancang tuhan menentukan.
pelbagai dugaan dihadapi dalam memastikan kelancaran majlis tersebut.
sponsor cabut lari last-last minit,
yang paling tidak dapat dilupakan adalah apabila persiapan hampir semua siap, khemah diterbangkan oleh angin yang kencang.

semua krew bertungkus-lumus menyelamatkan keadaan. Alhamdulillah semua berkerjasama dalam menghadapi dugaan yang melanda. walaupun ada seorang krew dari Kaizen Production dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh kerana kecederaan lama telah datang menyerang semula dalam keadaan yang kelam kabut itu.

keseluruhnya, majlis I Love OM telah berjalan dengan lancar. (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...