Total Pageviews

Saturday, October 9, 2010

Semester 5 Diploma.


Kenangan yang aku tak dapat lupakan. Aku pun tak paham kenapa aku boleh join benda-benda ni, tapi bila dah join rasa macam seronok pula. Ini adalah program anjuran Rakan Muda UiTM Perak.
Program Wawasan Desa ini telah berlangsung di Kg. Tanjung Rambai, Grik Perak. Sesampai di sana kami disambut dengan paluan kompang dan persembahan seni silat.


video

Menarik sungguh persembahan tersebut. Rakan-rakanku semuanya dari silat olahraga, maka ia amat berbeza dengan seni silat. Selama 5 hari kampung ini membuatkan aku rasa amat teruja dengan sikap layanan mesra dari setiap keluarga yang mengambil pelajar-pelajar UiTM sebagai anak angkat mereka. Disamping itu, hubungan antara jiran tetangga amatlah erat seperti aur dengan tebing. Seumpama mereka adalah satu keluarga yang besar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...