Pada tinta kali ini,ingin ku berkongsi kesempatan aku bersama rakan yang lain berkunjung ke walimatulurus anakanda, Prof. Dr. Azni Zain Ahmed, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UiTM.
Pada mulanya aku berat hati untuk pergi kesana, tetapi memikirkan hubungan baik dengan bonda Azni aku mengagahkan diri bersama teman yang lain untuk kesana. Ha! lupa nk beritahu, tarikh perkahwinan anakanda beliau adalah 10.10.2010. Satu tarikh yang amat menarik bukan?
Berbalik kepada isu asal, kami pun pergi ke kedai terdekat untuk membeli cerderahati, yela nak berkunjung ke rumah orang kahwin ni mestilah bawacenderahati kerana itu sudah menjadi budaya kita masyarakat timur. Kalau bercerita tentang pemilihan hadiah ni pun satu hal juga la, aku jenis tak kisah sangat janji ada. Tapi kalau dengan budak perempuan, aduy! Cerewet sangat.. hehehe.. nak tanak kami pun memilih la hadiah yang nak dibeli. Kami semua bersutuju untuk membeli set minuman, lepas dah beli hadiah
mesti nak balutkan? Isu pembalut pun satu hal juga, hehehe.. tapi memang best la, masing-masing punya pandangan sendiri.
Sempat juga kami bergambar sementara menunggu pekerjanya membalut hadiah yang kami beli tadi. Alamak! Maaflah gambar hadiah tak ambil, makanya tak dapat lah nak dikongsikan bersama. Kami pun menuju ke destinasi asal iaitu teratak bonda Azni.
Kami disambut dengan mesra, sempat juga kami bergambar dengan bonda dan anakandanya,
Dari kiri: Arziah, Najat, Bonda Azni, tengah2 tu pengantin la, suami bonda, aku & farizi.
Sesudah bergambar, tiba masa untuk kami menjamu selera. Pelbagai juadah dihidang dalam kesempatan itu kami juga sempat bertemu dengan beberapa kakitangan UiTM. Sempat jua kami beramah mesra. Dalam pada itu, kami juga sempat bergambar dengan VC kami.
aku takde? Yela dah aku yang jadi jurugambar.
No comments:
Post a Comment