Total Pageviews

Thursday, April 5, 2012

Diriku bukanlah cashier

Assalammualaikum... salam sejahtera, 
alhamdulillah, mempunyai kekuatan lagi untuk penulisan seterusnya. 
hahahaha.. kelakar la hidup ni, 
ada naik dan turunnya.. 

tapi citer yang aku nak kongsi ni bukan pasal turun naik ke ape, 
cuma aku ni la selekeh kot g keje, 
then suatu hari aku g makan tengah hari.... pastu.......


Jam berjenama Fossil bertali putih segak terletak ditanganku lalu ku lihat jarum panjangnya menunjuk tepat pada angka 12 manakala, jarum pendeknya gigih bergerak ke  nombor 1.

Yay! Itu tandanya waktu dibenarkan secara rasmi kepada semua pekerja untuk keluar menikmati makanan tengah hari yang sudah siap dihidang di kedai-kedai makanan, Cuma tinggal ambil dan bayar sahaja. Begitulah kehidupan si bujang seperti iku.  

Namun, setiap hari aku di pejabat ini setiap kali tiba waktu tengah hari pasti akan ditemani oleh akak-akak lab yang gojes lagi sempoi! Tapi pada hari berkenaan aku hanya ditemani oleh kak aida, akak yang feeling2 Adele di  ofis, tp die mmg comel. Yelah orang jawa kot… mmg comel!

(argh! Penat lak nak tulis ala2 novel ni) So, aku pun pegi  makan kat kedai ikan bakar area2 ofis  ni.. kedai tu mmg sempoi gak la, aku suka dia punya sup. Kak aida mmg gila dengan ikan bakar die. Kami pun menikmati la hidangan tersebut dengan sopan dan penuh berhemah. 

Selesai menikmati hidangan tersebut di selang seli dengan hilai tawa dan mulut yang acapkali susah berhenti untuk bercakap. Lepas  habis  makan tu kami pun, nak blah la dari kedai tu. Lepas bayar, aku pun dok sebok2 nak kemas2 wallet aku yg bersepah tu. Secara tidak langsung, kat tangan aku pun ada la duit singgit singgit. 

Masa aku tengah dok follow Kak Aida yang cat walk ala-ala tyra tu, tibe-tibe aku disapa oleh seorang mamat botak yang agak berusia aku kira, kerana garisan-garisan halus dibawah mata itu dan kekurangan helaian rambutnya  menceritakan sedikit pada aku tentang umurnya. 

Dengan tanpa bersalah pakcik tu bleh cakap camni, “Dik ni kira semua ye”. Aku terkesima dengan sapaan itu terus aku balas, “Eh! Eh! Ko ni dah kenapa?” aku terus blah… 

Yelah mentang aku g ofis pakai jeans & t-shirt jer, pakcik tu ingat aku keje kat kedai tu plak. Sentap aku oooo..!!! aku terus citer kat Kak Aida, dengan mengunakan suara ala-ala Adele versi Jawanya itu ketawakan kat aku… aku pon cam nak tergelak ingatkan peristiwa tu..  sorry pakcik, diriku ini bukanlah cashier.

 p/s: dulu pas SPM aku penah keje kedai makan.. . :)






4 comments:

  1. hahahhaa
    mesti terkesima je kan...
    cian dia..
    =D

    ReplyDelete
  2. shamsul amri - taw takpe... kesian giler...

    ReplyDelete
  3. Hana - sangat terkesima dan terkedu masa tu... :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...