Total Pageviews

Monday, April 4, 2011

Hati Marah & Kena Marah


Jam guess ( ambik kawan punye) di tangan tepat menunjukkan jam 1:00 petang, maka bergelimpangan manusia-manusia yang lapar menuju ke kedai tepi jalan, ada yang pegi ke kopitiam & macam-macam tempat lagi la, slagi boleh deme nak makan.. ( yele ukor baju di badan sendiri, jangan le ukor kat produ nyor[produ nyor = pangkal pokok kelapa]). Maka aku dengan ofis mate aku berjawatan ofis boy pon lepak jap depan ofis. Lalu kawan aku tu mengeluarkan rokok balut jenama harverst. Gosh!! ni mesti dah sengkek ni, bisik ati aku. Yelah, slalu tibai winston, tak ke pelik.. tapi takpe, hak dia kot mal! bukan dia ada mintak duit ko pun desak hati aku lagi..

Pastu kami pun nekad (sahaja kami makan masakan jawa itu adalah untuk untuk makan masakan jawa kat ujung simpang berhampiran ofis aku ni.. Aduh.. ! keluh hati aku.. hari dah la panas nak makan kat kedai simpang camtu (cakap dalam hati jer).. member aku start moto dye, ak pon ape lagi ambil helmet yang tergantung pada moto aku tu, terus membonceng dia. Yela sahut seruan kerajaan, tumpang member2 kan.. (padahal nak save minyak moto yang dah takuk merah)...
Hahaha.. beramai2 lah kami ke kedai makcik tersebut...


Setibanya kami di kedai makcik tersebut, seribu mata seolah-olah memandang kami.. ok, stop! udah2 perasan tu... semua orang aku tengok tengah sibuk makan. Huish, memang pelahap.. hampir2 tercekik pun ada.<-- ok yg ni aku saje nak tokok tambah jer. :)

Ok kisah hati marah bermula apabila, meja yang kat kedai tu dah penuh.. arggh!aku tension pegang pinggan yang berlauk tuh. Pastu ade la mamat tu open table, so lpak jap la ingat nak makan kat meja tu.. Alhamdulillah tak lame tuh, ade org dah blah dari meja tu (tq beb, klu tak makan la aku kat meja yang di bawah terik matahari tu). Aku dengan member aku pun tanpa buang masa tros berlari-lari anak ( nasib tak tersungkur, hahaha) ke meja tersebut.. tengah sedap makan kat table tu, ada plak meja depan aku tu, gelak cam haram!


mampu ko nak gelak besar cam gini kat public?

giler kuat( ko gelak pakai pembesar suare ke der?), macam dia sembang nak bgtaw orang sekeliling yang dia tengah melantak kat situ. Gelak gile babeng kuat! weh bodo mak bapak ko tak ajar tertib masa makan ker? hampeh toi bisik ati aku lagi..

Bertambah mengurangkan selera tuh, bila aku makan sayur rebung masak lemak


amacam sedap gak gulai ni?

tup2 aku rasa mcam dia rebus buluh je dalam tu. ~keras nak mati!!!!~ Lahanat punya kedai, ko ingat aku beruang koala ke? bagi aku makan buluh.. memang lahanat.. Aduh, putus urat selera aku nak makan buluh masak lemak. eh! silap rebung masak lemak..

Pastu aku dengan member aku bergonjeng pegi spa kat area ofis aku ni, saje2 nak melawat kawan kitorang kat sane. ( dalam ati dapat wat treatment free) hehehe.. ape lagi aku buat la foot treatment, best syial.. ilang la marah aku td kat kedai jual buluh masak lemak. Pastu aku pun dengan rasa girang dihati terus masuk ofis dengan member aku tadi.. ha hambek! ko ingat ofis ko, aku masok lewat 30 minit kan dah kena marah.. padan muka ko!! mendapat la kan... hahaha.. sengal tol pengalaman hari ini...


pe ko nak buat ble bos ko dah buat cengini?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...