SUBANG – Kumpulan pelajar Malaysia yang menuntut di Yogyakarta, Indonesia selamat tiba di tanah air malam tadi dengan membawa pelbagai kenangan pahit bencana letusan Gunung Merapi.
Ramai di antara mereka menyifatkan pengalaman itu sebagai detik paling mencemaskan dalam hidup mereka.
Kata pelajar jurusan pergigian Universitas Gadjah Mada, Muna Nadyah Ahmad, 24, penangan debu panas serta bunyi letusan yang kuat dari gunung itu menjadi punca mereka hidup sengsara.
“Hidup macam dalam neraka, saya lega bukan sahaja selamat pulang tetapi juga sebab Malaysia tidak ada gunung berapi,’’ katanya ketika ditemui bersama 129 lagi pelajar yang tiba dengan pesawat Hercules C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di pangkalan TUDM Subang pukul 7.55 malam tadi.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Alhamdulillah, Pelajar kita sudah selamat pulang dari Indonesia yang menghadapi bencana. Terima kasih kepada pihak TUDM yang bertungkus lumus untuk membawa pulang pelajar kita ke tanah air..
Apa yang saya tertarik pada artikel ini ada, kenyataan pelajar "Hidup macam dalam neraka.......". Adakah beliau pernah masuk ke Neraka? Persoalan disitu, apa yang saya difahamkan kita tidak boleh menyamakan apa yang kita lalui samaada manis atau pahit dengan syurga ataupun neraka. Adakah ini kenyataan sendiri dari pada pelajar tersebut atau ditokok tambah oleh wartawan?
Jika dulu, ustazah saya akan marah jika kami berkata sedemikian. Jadi bijaklah mengatur bicara agar tidak menyentuh mana-mana sensitiviti. Wallahualam..
No comments:
Post a Comment