Total Pageviews

Sunday, November 14, 2010

Pemandu Bas Transnasional

Perkhidmatan bas ekpress Transnasional adalah satu perkhidmatan bas yang sudah pastinya menjadi pilihan ramai kerana perkhidmatan yang disediakan mampu memuaskan hati para pengguna.

Namun apa yang berlaku semalam membuatkan saya berasa amat terkilan, marah dan kecewa.
Bas di jadual (13.11.2010) akan bertolak dari Hentian Duta pada pukul 9:10 p.m, namun bas itu hanya bergerak dalam pukul 9:35 p.m. Tak apa lah mungkin mereka menghadapi sebarang kesulitan.

Dalam perjalanan tersebut, ketika melintas R&R Tapah, tiba-tiba bas tersebut berhenti pelahan-lahan membuatkan para penumpang tertanya-tanya, apakah yang sedang berlaku. Rupa-rupanya pemandu tersebut mahu "reverse" bas tersebut untuk berhenti sebentar di Petronas berhampiran R&R tersebut. Ini membuatkan saya dan rakan berasa kurang selesa dengan tindakan pemandu tersebut.

Setelah tiba di Petronas tersebut, pemandu tanpa berkata apa-apa lalu terus keluar dari bas dan kami para penumpang beranggapan bahawa mungkin bas ini berhenti dalam 30minit untuk berehat (pada kebiasaannya bas ekpress akan berhenti selama 30 minitd R&R sebelum menyambung perjalanan).

Selepas saya ke tandas dan ingin ke bas tersebut, terdapat 3 orang lagi penumpang yang belum menaiki bas tersebut, namun bas itu terus menutup pintu dan ingin berlalu pergi. Mujur ada seorang penumpang yang sempat mengetuk pintu bas itu dan beberapa penumpang yang sedang hisap rokok tadi berlari mengejar bas tersebut. Difahamkan oleh penumpang yang berada di dalam bas tersebut, pemandu itu langsung tidak mengira jumlah penumpang samada sudah mencukupi atau tidak.

Sebaik sahaja saya menaiki bas tersebut, pemandu itu langsung tidak memohon maaf kepada penumpang-penumpang tersebut. Saya berasa amat terkilan dengan sikap pemandu tersebut dan berharap agat pihak Transnasional dapat mengambil tindakan yang sewajarnya supaya stigma masyarakat tidak berubah.

2 comments:

  1. slunye, perkhidmatan trans tak camnie. pemandu pemandu dorg sume kerja dgn penuh etika. tp tak taw lak yg cmnie. time aku kerja dulu, mmg bas ade dlm platfrom dr pkol 7 ptg tp bertolak utk pukol 12 mlm. before bertolak dlm 1 hingga 2 jam, dorg cek bas. cek sume ciri ciri keselamatan. mmg aku tgk berbeza dgn bas laen. =)

    ReplyDelete
  2. Itulah yang kami amat terkilan pabila ada sikap staf yang akan menjatuhkan reputasi transnasional itu sendiri. Sepatutnya perkara begini tidak akan berlaku untuk perkhidmatan bas ekspress yang terkenal ini.

    kalau bab2 cek bas tu memang perkara biasa,itu aku amat faham prosedurnya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...