PEKAN – Seorang wanita maut selepas cedera parah di kepala akibat ditetak oleh anak lelakinya menggunakan kapak di Felda Chini Timur 1 di sini pukul 10.30 malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Pekan, Supritendan Yahaya Othman berkata, Che Wa Isa, 57, meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan sebahagian otaknya terburai akibat tetakan tersebut.
Yahaya berkata, polis telah menahan suspek yang berusia 23 tahun ketika dia sedang bersembunyi di dalam sebuah reban ayam yang terletak kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian. Dia ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Dia ditahan sejam selepas kejadian itu oleh penduduk kampung sebelum diserahkan kepada polis. Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menetak kepala ibunya menggunakan kapak besi yang biasanya digunakan untuk memotong buah kelapa sawit.
“Tetakan menyebabkan pendarahan teruk di kepala dan mangsa disahkan meninggal dunia sebaik sampai ke Hospital Pekan,” kata beliau ketika dihubungi semalam.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
KULAIJAYA – Seorang peniaga pakaian maut selepas cedera parah di kepala dan dada disyaki ditikam dengan pisau oleh menantunya dalam kejadian di Bandar Tenggara di sini kelmarin.
Kejadian pukul 2.40 petang itu berlaku apabila mangsa, Armen Suardi (gambar), 52, bertengkar dengan menantunya yang berusia 23 tahun. Kejadian itu dikatakan berkait rapat dengan tindakan suspek yang ketagih ganja.
Difahamkan, suspek yang gagal menahan kemarahan telah menikam mangsa di kepala dan dadanya. Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru tetapi meninggal dunia pukul 5.20 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Muhammad Sebot berkata, sebelum meninggal dunia, mangsa yang berniaga di Jalan Bendahara 3, perumahan Bandar Tenggara di sini sempat membuat laporan di Balai Polis Bandar Tenggara di sini.
“Suspek ditahan ketika dia pulang ke rumah keluarganya di Kampung Lubuk, Pangkalan Batu, Mersing pada malam kejadian,” katanya.
Sementara itu, isteri mangsa, Rohani Yacob, 45, berkata, arwah sempat menghubunginya bagi memaklumkan kejadian itu ketika dia pergi membaiki motosikal di bengkel berhampiran.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
Sumber : http://www.kosmo.com.my
"Ya ALLAH... semakin hari, semakin ku gusar melihat perlakuan makhluk sebaik-baik ciptaanMU kian rakus dan menjadi ganas.." itulah yang aku mampu ucapkan ketika membaca berita ini...
Mengapa manusia sekarang semakin ganas dan berpelakuan seperti binantang. Sanggup membunuh orang yang terdekat. Adakah kita sudah tidak waras lagi fikirannya? Adakah nafsu amarah mematahkan iman yang rapuh?
suka saya berkongsikan sedikit di sini:
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.
sumber: http://www.halaqah-online.com
Jadi marilah kita berfikir sejenak, apakah kita? kemanakah kita? bagaimanakah kita? dan paling penting SIAPA KITA?
No comments:
Post a Comment