Total Pageviews

Friday, March 16, 2012

Eh! Penuh Sudah.... sigh~

Assalammualaikum.... dan salam sejahtera, 
Setelah agak lama aku menyepi, kini aku dating lagi nak menulis.
Haish… biasa la baru nak mulakan hidup (baru ke? Dah lama sket la) tp masih tak berapa biasa sangat lagi.  Hectic work! Tp bukan aku nak cerita pasal kerja aku. Tp nak cerita pasal  pergi kerja (kerja jugak la kan) hahaha…. Wat ever la mal!

Camni citernye, aku ni dah beberapa bulan kerja ni aku hanya menggunakan public transport.  Yelah, kalau takde buat cara takda,manfaatkan apa yang ada. 

Tiap kali aku tgk orang yg gunakan public transport kat area tempat aku keje ni, memang laku la. Yelah aku keje tempat yg ramai student so bila start sem baru, maka bertebaran lah student-student kat area sini.

Suatu hari, selepas beberapa minggu start sem baru aku pon terpaksa berkongsi public transport dengan student la (tetibe teringat zaman blajo dulu).  Ada la satu hari ni, aku tunggu dari seawall jam 7.50 pagi, tapi bus yang lalu tetap penuh dengan student. Jam 8.30 baru dapat bro! 8.30 ulang taip 8.30!!! sbb bas penuh. 

Entry aku kali ni bukan la ape pun, cuma kadang terkilan dengan sedikit perangai dorang ni. Kadang tu aku tengok dorang dok nak berkepit ngan kawan dorang, so tanak berganjak kebelakang sket. Kesian aku tengok orang-orang yang nak masuk tak boleh sebab kat depan dah penuh, kat belakang tu dibiarkan kosong.

So aku harap sangat, kalau guna public transport tolong la consider orang lain jugak. Nama pun public transport, so we share ye.. luv ya’ll!


 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...