Alhamdulillah, telah menjengah jua tahun baru 2010, kita melangkah selangkah lagi dengan berkat dari Illahi.
Banyak benda aku belajar dari pengalaman 2009, biar pun pahit atau manis, ia adalah asam garam bagi hidup ku ini.. tak boleh lari dari semua itu. Macam2 benda aku buat, sehinggakan aku terlepas beberapa benda penting dalam hidup aku.
Tahun 2010 ni aku mahu membuat sedikit perubahan,agar dengan perubahan yang sedikit ini mampu memberi impak yg besar dalam hidupku dan hidup org lain juga.
Ramai kenalan baru yg aku dapat, tak kira la ape jua latar belakang hidup mereka, biar hitam atau putih. Aku tak menghukum seseorang itu kerana diri aku sendiri belum tentu ada positif atau negatif di pandangan orang lain.
Kawan2 aku, semua dah sambung belajar, baik di dalam negara atau pun luar negara. Memang agak sedih apabila tiada mereka di depan mata. Namun aku yakin aku akan bertemu semula dgn mereka suatu hari kelak. Biarlah mereka pulang nnt dgn secebis kejayaan yg mampu membuka mata semua orang. Bukan niat utk menunjuk tetapi sebagai motivasi kepada yang lain.
No comments:
Post a Comment