Syafikah menerima panggilan daripada teman lamanya, Liyana. Liyana menghubungi Syafikah untuk mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan dan memberi kata-kata semangat kepada Syafikah, disaat menyambut bulan Ramadhan ini, ibunya masih terlantar di katil hospital. Mereka berbual panjang, sehinggalah hal mengenai Syamsul. Liyana amat bersimpati dengan nasib temannya itu, namun Liyana tahu, Syafikah seorang yang kuat untuk menghadapi apa jua cabaran. Dihati kecil Liyana berasa sedikit terkilan kerana tidak dapat berada disamping temannya itu, kerana Liyana bakal menjadi doktor, dia melanjutkan pelajarannya di luar negara.
Malam ini malam pertama tarawikh, Syafikah ingin ke masjid untuk tarawikh bersama jemaah yang lain. Dalam kesempatan itu dia menghantar lagi SMS kepada Shamsul “selamat menyambut bulan Ramadhan, semoga Ramadhan ini lebih bermakna dari tahun sebelumnya. Saya minta maaf salah saya terhadap awak”. Shamsul hanya diam membatu tanpa membalas SMS Syafikah. Shamsul yang masih keras hatinya tidak memperdulikan SMS Syafikah. Syafikah menahan rasa sebak didadanya dengan tindakan Shamsul itu, panggilan tidak diangkat, SMS tidak berbalas. “semoga dia berlembut hati selepas berkahwin kelak” doa dihati kecil Syafikah.
Sesudah solat tarawikh, Syafikah mendapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali, tiba-tiba hatinya menjadi gundah gulana. “siapa yang call aku ni?” bisik hati kecilnya. “ini mesti Shamsul, Alhamdulillah dia dah memaafkan aku” Syafikah bermonolog. Syafikah menjawab panggilan tersebut “ Assalammualaikum” kata Syafikah. “Wa’alaikummusalam.. cik Syafikah, saya minta awak bertenang ya. Ibu awak dah tak ada.” Suara itu memberitahu Syafikah.
Dunia bagaikan berhenti berputar, air mata Syafikah terus mengalir tiada tertahan. Panggilan yang dia sangka dapat mengembirakan hatinya adalah panggilan yang merentap jiwanya. “Ya ALLAH apakah dugaan Mu ini mampu ku galas?” ujar Syafikah yang terduduk mendengar berita itu. Orang ramai yang pulang dari masjid hanya melihat Syafikah yang menangis disisi keretanya. Dengan jasad yang longlai, Syafikah terus memandu untuk ke hospital. Syafikahsempat menghantarkan SMS kepada saudara yang terdekat mengenai perkhabaran tentang ibunya. Hatinya berkecamuk, didalam bulan Ramadhan ini dia kehilangan insan yang dia sayangi. Syafikah tabahkan hati dengan berbisik “ALLAH lebih sayangi emak”. “Aku tahu Ya ALLAH, Engkau memilih aku untuk menghadapi ujian Mu ini, Engkau lebih mengetahui segala-galanya” Kata hati Syafikah, sambil titisan air matanya tiada tertahan.
Dengan hati yang tidak tenang beliau memandu laju menuju ke hospital. Sebaik sahaja keretanya menyusuri selekoh berhadapan dengan sekolah, keretanya hilang kawalan lalu terbabas. Kecederaan yang teruk pada muka Syafikah, dia masih gigih menjerit meminta tolong. "Ya ALLAH jika ini pengakhirannya, aku redha" hati kecil Syafikah berbicara. Orang ramai yang lalu lalang disitu cuba membantu Syafikah. Ambulans datang tidak lama kemudian dan membawa Syafikah ke hospital. Matanya layu dan tidak mampu dibuka lagi. Hanya kedengaran suara doktor dan saudaranya menyuruh beliau kuat dan bertahan.
Shamsul tiba dihospital, beliau menerima panggilan dari saudara Syafikah bahawa Syafikah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Hati Shamsul berasa amat bersalah kerana dia tiada diwaktu Syafikah perlukan dia. Sikap pemarahnya membuatkan dia rasa kesal. “kalau aku tak pentingkan diri, Syafikah takkan jadi macam ni” kata Shamsul. “Ego ini telah membunuh orang yang aku sayang! Aku tidak pandai menghargai kasih sayang dia!” bentak hatinya. Shamsul seperti layang-layang yang terputus talinya, dia ditenangkan oleh teman-temannya.
Takdir ALLAH tiada siapa dapat menduga, Syafikah telah pergi buat selama-lamanya. Jasad yang dahulu lincah, senyuman yang diukir tiada pernah lokek dibibirnya kini menjadi kaku. Kini bonda dan Syafikah sudah tiada lagi. Kekesalan Shamsul tiada guna lagi. Hanya air mata mengiring pemergian ke pusara Syafikah dan bonda. “Inilah Hadiah Ramadhan buat ku” bisik hati Shamsul.
p/s : tamat sudah Hadiah Ramadhan, terima kasih kepada yang sudi membaca dan komen untuk penambahbaikan hasil penulisan saya amatlah dihargai.
visit u :)
ReplyDeletehttp://bayakdkl.blogspot.com
Lorr...nape heroin mati...?
ReplyDeleteunexpected ending. BTW, ur writing utk part3 ni ad improvement from previous part. so, emosi agak terbuai-buai(which is good) tanpa gangguan tatabahasa yg ketara sewktu pmbacaan. nice try! keep writing~
ReplyDeletebAyA kDkL - yeah visit u too and follow.. nice blog. nice story kat Brunei tu.
ReplyDeleteNury - Sebab aku kan pengarah dia. hehehe.. cerita ini rekaan semata-mata dan diubah-ubah mengikut masa dan keadaan.
ReplyDeletePena Tumpul - thanks pena tumpul, saya kan memperkasakan lagi bahasa melayu saya. insyaALLAH, cerita lain akan menyusul.
ReplyDelete